Nissan GT-R kereta yang paling popular di media sosial

oleh Mohamad Hanif|
Satu kajian yang dijalankan oleh syarikat Zutobi untuk mengenalpasti model kenderaan yang paling banyak menjana perbincangan di dalam talian berdasarkan bilangan sebutan yang terdapat di Twitter, Instagram dan juga Reddit.

Kajian tersebut mendapati Nissan GT-R merupakan model kereta yang paling banyak mendapat perhatian di media sosial, di mana supercar Jepun itu telah disebut sebanyak 11,771 ciapan di Twitter dalam tempoh satu minggu, serta turut terdapat dalam 15,900 hantaran di laman Reddit.
 

Zutobi


Malah, Nissan GT-R juga sangat popular di laman Instagram dengan bilangan tagar (hashtag) berjumlah 9 juta!

Sementara itu, ditempat kedua pula jatuh kepada Ford Mustang di mana kereta ini meraih 8,293 sebutan di Twitter, 5,780 hantaran di Reddit serta 14 juta tagar di Instagram.

Honda Civic pula menduduki tangga ketiga dengan 8,627 sebutan di Twitter, 7.7 juta tagar di Instagram, serta 12,700 hantaran di laman Reddit.
 

Zutobi


Dari segi jenama, Ford masih lagi menduduki tangga teratas sebagai jenama yang paling popular di media sosial (192,416 sebutan di Twitter, 33.1 juta tanda pagar Instagram, 236,000 hantaran di Reddit), diikuti oleh BMW (118,329 sebutan di Twitter, 55.9 juta tagar di Instagram, 75,200 artikel di Reddit) dan Honda (155,229 sebutan di Twitter, 45.1 juta tagar Instagram, 81,000 artikel di Reddit).
 

Zutobi


Sumber: Zutobi

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini bermakna, peminat GT-R di Jepun kini tidak lagi dibolehkan untuk menempah model GT-R terbaharu…
Berita Global
Menurut laporan media tempatan, Nissan GT-R tersebut dilapor memandu pada kelajuan 159 km/j dalam…
Berita Global
Disebabkan kecuaiannya yang tidak memastikan gear berada di dalam posisi P dan brek tangan tidak…