Ini bermakna, peminat GT-R di Jepun kini tidak lagi dibolehkan untuk menempah model GT-R terbaharu.
Menurut semakan di laman web Nissan Jepun, jualan Nissan GT-R ditamatkan kerana "jumlah tempahan telah pun mencapai sasaran jualan yang telah dirancang."
Tidak seperti di Jepun, Nissan menghentikan jualan GT-R di Eropah disebabkan oleh peraturan bunyi bising, manakala jualan GT-R di Australia ditamatkan kerana ia tidak lagi memenuhi peraturan pelanggaran kenderaan baharu yang semakin ketat.
Di Jepun, Nissan menawarkan GT-R dalam versi Premium Edition T-Spec, serta versi litar GT-R Track Edition Engineered by NISMO T-Spec dengan kelengkapan seperti rim tempa Rays gangsa, brek seramik karbon, spoiler belakang gentian karbon, serta pilihan warna khas Midnight Purple dan Millenium Jade.