Terdapat tiga pilihan enjin ditawarkan termasuklah enjin MR16DDT 1.6 liter dengan induksi paksaan turbo, malah pihak Nissan juga turut pernah membuat kerja gila menghasilkan Juke-R yang dikuasakan oleh enjin GT-R VR38DETT.
Setelah lapan tahun fasa produksi, Nissan Juke akhirnya mencecah unit pengeluaran sebanyak 1 juta yang dikeluarkan di kilang Nissan Sunderland.
Unit kesejuta itu dilayangkan dengan warna Vivid Blue yang merupakan antara warna yang baharu sahaja ditambah kepada barisan jualan Nissan Juke.
Nissan Juke antara model terawal di dunia yang mempopularkan segmen baharu crossover dan dengan rekaan luaran yang unik, ia kini menjadi antara model Nissan yang paling laris dan kekal menjadi pendahulu di dalam segmen tersendiri.