November 2023: Proton jual 12,296 unit kenderaan, tempahan sedan S70 lebih 3,000 unit

oleh Mohamad Hanif|
Sepanjang bulan November 2023, Proton telah mencatatkan jumlah pendaftaran kenderaan sebanyak 12,296 unit bagi kategori domestik dan eksport.

Dengan pencapaian tersebut, jumlah jualan Proton sehingga bulan November kini mencecah 141,900 unit, atau peningkatan sebanyak 12 peratus berbanding 141,432 unit untuk tempoh yang sama tahun lepas.
 

Saga


Sejak pelancaran pada 28 November yang lalu, Proton kini mencatatkan jumlah tempahan melebihi 3,000 unit untuk model sedan Proton S70, dengan lonjakan melepasi 900 unit seminggu.

Proton Saga masih lagi kekal sebagai model Proton yang paling laris terjual sepanjang bulan lepas, dengan jumlah sebanyak 64,155 unit, diikuti Proton X50 (29,096 unit), Proton Persona (22,557 unit), Proton X70 (10,444 unit), Proton Iriz (7,151 unit), Proton X90 (4,285 unit), dan Proton Exora (4,212 unit).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut PROTON, bantuan tersebut melibatkan pelbagai inisiatif termasuk pembangunan pusat…
Berita Domestik
Sambutan awal yang memberangsangkan itu mencerminkan keyakinan berterusan pengguna Malaysia…
Berita Domestik
Majlis penyerahan tersebut berlangsung di ibu pejabat Kementerian Pengangkutan di Putrajaya pada 12…