Ia kini digunakan pada model berprestasi tinggi Audi RS3, dan terdapat kemungkinan ia akan ditala semula dengan prestasi yang lebih bertenaga pada masa akan datang.
Bercakap kepada Autocar, boss Audi Sport Sebastian Grams mencadangkan enjin lima silinder sebaris itu boleh dipertingkatkan kuasanya tanpa bantuan elektrifikasi buat masa ini.
Walaupun tidak mendedahkan perincian yang bakal dibuat, beliau menjelaskan tiada sebarang keperluan untuk mengubah enjin tersebut secara keseluruhan.
“Kami mempunyai enjin lima silinder yang sangat sempurna dan unik di dalam pasaran. Kami juga mempunyai enjin enam silinder, dan kami akan menambahbaik teknologi sedia ada ke tahap seterusnya. Saya tidak nampak keperluan untuk mengubah enjin tersebut.
Di dalam Audi RS3 Sedan, enjin tersebut dikatakan mampu menjana kuasa setinggi 401 hp dan daya kilas 500 Nm.
Selain itu, Audi juga turut merancang untuk menawarkan model RS6 Avant yang lebih berkuasa kelak.
“Kami sentiasa cuba untuk memanfaatkan teknologi secara maksimum, inilah cara saya untuk mencabar jabatan R&D kami. Kami boleh pergi lebih jauh, dan menjadikan (RS6) lebih kuat, lebih berprestasi dan lebih tajam,” jelasnya.
Sumber: Autocar