Omoda 5 masuk UK tanpa nama Chery, enjin 1.6L turbo berbeza dengan pasaran tempatan

oleh Muhammad Md Tajudin|
OMODA 5 UK 2024
OMODA 5 UK 2024
Pemilihan nama sesebuah pengeluar kenderaan adalah satu perkara penting untuk mudah diterima dan menonjol di peringkat antarabangsa.

Tidak dinafikan, banyak jenama yang janggal di telinga dan tetap berjaya di peringkat antarabangsa namun banyak usaha perlu dilakukan.

Terbaru OMODA memasuki pasaran United Kingdom (UK) dan menariknya tidak menggunakan nama Chery seperti di beberapa negara lain termasuk Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Chery Omoda 5 Malaysia 2023
Chery Omoda 5 Malaysia 2023

 

OMODA bakal melancarkan crossover SUV OMODA 5 dalam tempoh beberapa bulan lagi dengan jualan bermula pada Februari 2024.

Model UK berbeza daripada Chery Omoda 5 tempatan dengan enjin 1.5 liter TCI turbo yang menghasilkan 156 kuasa kuda (hp) dan tork 230Nm.

OMODA 5 dibekalkan enjin 1.6 liter turbo dengan kuasa lebih tinggi iaitu 197 hp dan tork 290Nm. Satu lagi yang dimaklumkan, OMODA 5 EV bakal ditawarkan di UK.

 

OMODA 5 UK

 

Di peringkat antarabangsa memang ada dua enjin yang ditawarkan selain transmisi CVT dan klac berkembar tujuh kelajuan dengan pilihan pacuan roda depan atau semua roda.

Satu lagi yang berbeza ialah suspensi belakang jenis multipautan atau torsion beam yang digunakan untuk Omoda 5 tempatan.

Dari segi keselamatan, OMODA 5 mempunyai keputusan yang bagus dalam penilaian EURO NCAP dengan memperolehi lima bintang.

 

OMODA 5 UK

 

Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS) standard merangkumi fungsi kawalan suai pandu dan amaran pelanggaran berdepan.

Turut dilengkapi bantuan pengekalan lorong dan bantuan alur tinggi dan rendah. 

Dari segi reka bentuk, OMODA menyerlah melalui gaya bahasa Art in Motion. Nama sedap disebut dan reka bentuk menarik, barulah sepadan!

 

OMODA 5 UK

 

Di antara model tempatan dan UK terdapat sedikit perbezaan, logo Chery pada jeriji diganti dengan tulisan OMODA pada bucu tukup enjin.

Bahagian belakang juga sama, logo Chery diganti tulisan OMODA dan angka 290T berbanding 230T pada Chery Omoda 5 tempatan.

Pada bahagian dalam, tiada logo Chery pada stereng dan kerusi sport menyerlahkan imej sporti seperti bahagian luar.

 

OMODA 5 UK 2024

 

Dari segi dimensi, Chery Omoda 5 berukuran 4,400 milimeter (mm) panjang, 1,830 mm lebar, 1,585 mm tinggi dan jarak roda 2,630 mm.

Ukuran tersebut meletakkannya sebagai pesaing Proton X50 dan Honda HR-V.

OMODA UK tidak berkongsi harga dan sebagai rujukan Chery Omoda 5 dijual pada harga RM108,800 untuk varian C dan RM118,800 bagi varian H.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

OMODA 5 UK

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Chery Malaysia juga memberikan sebuah kereta untuk digunakan sementara proses itu berlangsung.…
Model Terbaharu
Mengikut spesifikasi, Chery Omoda E5 membawakan spesifikasi motor elektrik tunggal pacuan roda…
Berita Global
Untuk tahun 2023, Omoda 5 terus mencatatkan penurunan dimana angka terkininya pada bulan Mei hanya…