Isu Omoda 5 hilang fungsi brek kini disiasat Chery

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang pemilik Chery Omoda 5 yang tampil mengadu masalah brek kenderaan beliau tidak berfungsi dan mendakwa hampir menyebabkan kemalangan kini sedang disiasat oleh Chery Malaysia.

Menurut siaran akhbar yang dihantar oleh syarikat tersebut, pemilik tersebut telah dihubungi dan kenderaan beliau telah diambil untuk proses siasatan teknikal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Chery Malaysia juga memberikan sebuah kereta untuk digunakan sementara proses itu berlangsung.

Aduan dalam bentuk video tersebut dimuat naik di dalam Facebook Jc Jess alam bahasa Mandarin. 

Menurut cicipan wanita tersebut, Omoda 5 miliknya baru berusia dua bulan dan aduan tentang fungsi brek telah dilakukan beberapa kali di pusat servis.

Namun begitu, beliau mengalami isu brek hilang terus ketika memandu.

Sekiranya pelanggan menghadapi sebarang masalah dengan kenderaan mereka, hubungi Chery Malaysia di +603 2771 7070 atau melalui emel di [email protected]

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Informasi
  Menurut laporan stesen penyiaran NDTV, KBA memaklumkan bahawa pengumuman itu melibatkan kereta…
Informasi
-    Sistem brek memerlukan geseran untuk membolehkan kenderaan berhenti -    Tugas pelapik brek…