"Kita menggandakan operasi serta pemeriksaan menerusi pelaksanaan Op Mabuk dalam usaha membanteras pengambilan alkohol dalam kalangan pemandu.
"Sebagai contoh, kita periksa 14,949 pemandu dari Januari hingga 15 Jun lalu, berbanding hanya 6,426 individu dalam tempoh sama tahun lalu," katanya pada sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam.
Mengulas lanjut, Azisman berkata, pihaknya akan terus melaksanakan Op Mabuk setiap hari dan menggandakan operasi pada hujung minggu.
"Kami memandang serius mengenai isu pemandu mabuk dan akan menggandakan operasi terutama pada hujung minggu.
"Mereka yang didapati melakukan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol boleh didakwa mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
sumber: BH