Op Samseng Jalanan: Polis sita 14 motosikal, tahan dua remaja

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Facebook IPD Barat Daya
Polis menyita 14 motosikal dan menahan dua remaja lelaki dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di beberapa lokasi tumpuan lumba haram di daerah Barat Daya, di Balik Pulau sejak Jumaat hingga Ahad.


Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, operasi berterusan terutama pada hujung minggu itu adalah untuk membanteras kegiatan samseng jalanan dan mat rempit serta jenayah jalanan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Dalam operasi pertama bermula 10 malam Jumaat hingga 4 pagi Sabtu, polis menyita lima motosikal mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana pelbagai kesalahan antaranya tiada cukai jalan, tiada lesen memandu dan mengubah suai motosikal keterlaluan.

 

"Dalam operasi kedua bermula 10 malam Sabtu hingga 7 pagi Ahad, sebanyak sembilan motosikal disita dan dua remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan kerana menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya di Jalan Sultan Azlan Shah. Mereka disiasat mengikut Seksyen 42(1) APJ 1987," menurut kenyataan itu.

 

Menurut kenyataan itu, dalam operasi tersebut polis turut mengeluarkan 58 saman terhadap penunggang motosikal kerana pelbagai kesalahan lalu lintas.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Mohd Sapri…
Berita Domestik
  Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Kamarulzaman Jusoh@…
Berita Domestik
"Kesemua motosikal itu disita mengikut Sesyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. "Dalam operasi…