Op Selamat 15/2019 - baharu dua hari, sudah 35 kematian. Tiada diskaun untuk saman halaju.

oleh HEZERI SAMSURI|

Sebanyak 35 kematian dilaporkan dan 14,193 saman dikeluarkan selepas dua hari Op Selamat 15/2019 bermula sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, kebanyakan dari saman itu dikeluarkan kepada pemandu yang memandu melebihi halaju yang dibenarkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kemalangan maut pula dipercayai berlaku kerana sikap pemanduan yang tidak berhemah. Namun begitu, Azisman menegaskan siasatan masih dilakukan.

"Matlamat kami ialah untuk mengurangkan kadar kemalangan maut," ujarnya kepada media selepas majlis berbuka puasa di R&R Kinrara semalam.

Beliau kemudian menambah bahawa pihak polis akan menempatkan kamera-kamera perangkap had laju di beberapa lokasi strategik di semua lebuhraya di seluruh negara.

 

 

"Kami mahu mendidik, bukannya menghukum. Pemandu yang melakukan kesalahan ketika Op Selamat 15/2019 berjalan akan dikenakan saman RM300 tanpa diskaun," tambahnya.

Aziman juga menegaskan, tiada lorong kecemasan dibuka untuk kenderaan awam sewaktu musim Op Selamat 15/2019 ini berlangsung.

"Jika berlaku kesesakan luarbiasa, pihak polis mempunyai pendekatan tertentu untuk menentukan kelancaran trafik. Pengguna diingatkan agar jangan menggunakan lorong kecemasan," tegas Azisman.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador telah pun menyenaraikan enam kesalahan utama dalam Op Selamat 15/2019 yang bermula dari Rabu lalu sehingga 12 Jun depan.

  1. Memandu di lorong kecemasan
  2. Memotong di garisan berkembar
  3. Menggunakan telefon bimbit
  4. Memotong barisan (queue)
  5. Memandu laju
  6. Tidak mematuhi lampu isyarat

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…