Opel Astra Sports Tourer 2022 - 'kembar' Peugeot 308 SW

oleh Mohamad Hanif|
Pertengahan tahun yang lalu, Stellantis menerusi Peugeot telah melancarkan sebuah model wagon generasi baharu 308 SW untuk pasaran Eropah, dan kini Opel tampil dengan sebuah model wagon yang menggunakan asas daripada 308 SW itu tadi, digelar sebagai Astra Sports Tourer.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sama seperti model 'penderma', Astra Sports Tourer menampilkan garis bumbung yang panjang, kapasiti kargo sebesar 608 liter dan boleh diperbesarkan sehingga 1,634 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat rata.

Lantai kargo pula boleh dilaras dengan dua ketinggian yang berbeza bergantung kepada keperluan.
 

opel


Namun untuk versi plug-in hybrid, ruang kargo adalah sedikit kecil, 548 liter atau 1,574 liter dengan tempat duduk belakang dilipat pada nisbah 40:20:40.

Pintu belakang wagon ini dijana menggunakan kuasa elektrik dengan sistem operasi bebas tangan memudahkan anda untuk mengakses barangan di ruang kargo.

Dari segi luaran, Astra Sports Tourer membawakan penggayaan yang sama seperti model hatchback lima pintu Opel Astra, seperti lampu matrix LED, lampu belakang yang tajam, serta kelengkapan moden yang merangkumi paparan head-up, kluster instrumen digital penuh, serta sistem infotainmen yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.
 

Opel


Pilihan enjin pula terdiri daripada nadi tiga silinder 1.2 liter dengan dua talaan yang berbeza, iaitu 110 hp/205 Nm atau 130 hp/230 Nm, sementara model diesel pula mendapat nadi 1.5 liter turbo yang mampu menjana 130 hp dan 300 Nm.

Versi plug-in hybrid pula didatangkan dengan enjin 1.6 liter turbo yang mampu menjana 180 hp dan 360 Nm, atau talaan yang lebih berkuasa yang bakal ditawarkan kelak - 225 hp!

Transmisi manual adalah standard untuk semua varian, sementara versi plug-in hybrid pula menampilkan kotak gear automatik lapan nisbah kelajuan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kisah wagon pantas Mercedes-Benz bermula apabila Richard Buxbaum, pengasas AMG cawangan Amerika…
Telah Diuji
Sudah banyak SUV yang penulis uji sebelum ini, dan ada di antaranya menawarkan spesifikasi yang…
Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…