Wagon AMG "The Mallet" bernadi V8 301 hp tahun 1988 ini bernilai RM2.2 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Lama sebelum kewujudan BMW M5 Touring yang pertama, serta pesaingnya Audi RS2 Avant, Mercedes-Benz telah pun bereksperimen untuk menghasilkan super wagon pertama mereka pada penghujung 80-an.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kisah wagon pantas Mercedes-Benz bermula apabila Richard Buxbaum, pengasas AMG cawangan Amerika Utara diupah untuk membangunkan sebuah wagon V8 pada tahun 1987.
 

AMG


Wagon pantas tersebut menampilkan enjin 6.0 liter V8 yang dipadankan dengan kepala silinder 32 injap serba baharu, menghasilkan kuasa setinggi 375 hp.

Hasil projek tersebut ternyata memberikan impak besar terutama di kalangan media, sehinggakan ia diberikan nama gelaran "The Hammer".
 

300 TE


Populariti wagon tersebut menyebabkan Buxbaum bersedia untuk menawarkannya kepada beberapa pihak yang berminat, namun dengan spesifikasi enjin yang lebih rendah.

Untuk projek kedua, Buxbaum membeli sebuah Mercedes-Benz 300 TE yang dipadankan dengan nadi V8 berkuasa 310 hp, sebelum ia dikemaskan dengan set rim AMG 16 inci monoblok (kini bersaiz 17 inci), set ekzos kalis karat, pembeza gelincir terhad daripada sedan S-Class, serta bar anti oleng kustom.
 

300


Biarpun dengan enjin yang kurang berkuasa berbanding "The Hammer" tadi, wagon ini turut mendapat pujian daripada John Phillips (Car and Driver) yang menggelarkannya dengan nama timangan "The Mallet".

Difahamkan, wagon "The Mallet" ini berupaya mengalahkan model-model yang lebih kontemporari seperti 911 Carrera, Chevrolet Corvette, BMW M5, Lamborghini Jalpa dan Ferrari 412.
 

AMG


Hasrat untuk mengembangkan projek ini tidak kesampaian, dan ia kekal menjadi satu-satunya model binaan sekali yang unik sebelum divisyen AMG dibeli secara rasmi oleh Mercedes-Benz.

Diiklankan dalam laman lelongan RM Sotheby's, Mercedes-Benz 300 TE AMG tahun 1988 ini telah dijual pada harga $467,000 (RM2,208,443).

Sumber: RM Sotheby's

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Sudah banyak SUV yang penulis uji sebelum ini, dan ada di antaranya menawarkan spesifikasi yang…
Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…
Berita Global
Ia menampilkan trenkuasa plug-in hybrid 1.5 liter (PHEV) yang menawarkan jarak gerak elektrik…