Opel Manta GSe ElektroMOD perlihat ciri 'papan iklan bergerak' pada gril hadapan

oleh Mohamad Hanif|
Setelah memperlihatkan teaser buat kali pertama pada bulan lalu, Opel telah mendedahkan beberapa perincian penting bagi model Manta GSe ElektroMod yang dijadualkan pengenalan penuh pada 19 Mei ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Opel Manta GSe ElektroMod merupakan projek restomod terhadap model Manta A 1970, namun sistem trenkuasa asal telah pun digantikan dengan motor elektrik dan pek bateri.

Selain daripada itu, Opel turut memperlihatkan sebuah ciri menarik yang terdapat pada model GSe ElektroMod ini, iaitu gril hadapan yang mempunyai paparan 'Pixel-Vizor'.

 


Skrin paparan seakan papan iklan ini memiliki dimensi yang hampir menyamai ukuran lebar Manta GSe ElektroMod, dan dengan keupayaan untuk memaparkan pelbagai mesej, ia disifatkan mampu berkomunikasi dengan perkara di sekeliling.

Dalam video teaser terbaharu, Pixel-Vizor ini dilihat memaparkan mesej seperti 'My German heart has been ELEKTRified', 'I am on a zero e-mission', dan I am an ElektroMOD', selain memaparkan beberapa animasi tersendiri.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Akan tetapi, ia merupakan sebuah pendekatan yang berbeza, di mana Opel melakukan restomod terhadap…