Secara asasnya, Opel Rocks-e (dan juga Citroen Ami) tidaklah dikategorikan sebagai sebuah kereta, sebaliknya Kesatuan Eropah meletakkan kedua-dua model ini dibawah kategori quadrisikal yang boleh dibawa tanpa memerlukan lesen memandu.

Opel Rocks-e dilengkapi dengan motor elektrik yang mampu menghasilkan 8 kuasa kuda, dan pek bateri yang mampu membenarkan jarak pergerakan sejauh 75 km dan kelajuan maksimum 45 km/j sahaja.
Dari segi rekaan, ia mengekalkan cir-ciri yang terdapat pada Citroen Ami seperti dimensi 2.41 meter, unit lampu berbentuk bulat, rim kompak bersaiz 14 inci, serta padanan warna dua tona hitam dan perak.

Ia juga turut menampilkan bukaan pintu yang tidak sekata, serta panel badan yang boleh ditukar.
Ruang kabin kereta kecil ini menempatkan rekaan skrin kluster instrumen kecil, roda stereng jenis bawah rata, kawalan iklim, slot pengecasan USB, pemegang cawan, ruang storan serta dua tempat duduk.
Jualan Opel Rocks-e akan bermula di Jerman pada musim luruh ini, sebelum ia ditawarkan ke pasaran lain bermula tahun hadapan.

Sebagai rujukan, Citroen Ami yang diperkenalkan pada tahun lalu ditawarkan dalam beberapa pakej seperti:
- pembelian tunai - €6,000 (RM29,407)
- sewa jangka panjang (48 bulan) - serendah €19.99 (RM97.98
- perkhidmatan kongsi kenderaan (Free2Move) - serendah €0.26 (RM1.27 per minit) atau langganan bulanan €9.90 (RM48.52).