Operasi CKD Seltos, Carnival bakal bermula selewat-lewatnya tahun 2022

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada menangani isu-isu berkaitan tuntutan waranti dan alat ganti, Kia Malaysia Sdn Bhd juga dilaporkan akan memperkenalkan beberapa buah model pemasangan tempatan (CKD) untuk pasaran Malaysia.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Namun, menurut Datuk Seri Ben Yeoh, Kia Malaysia Sdn Bhd memerlukan masa antara 12 hingga 18 bulan sebelum memulakan operasi CKD dengan nilai pelaburan mencecah US$20 juta (RM82.8 juta) untuk memastikan barisan produksi sedia untuk digunakan.

Tidak seperti kenderaan pemasangan tempatan Kia yang mengambil tempat di Kilang Naza Automotive Manufacturing di Gurun, model-model Kia akan datang akan dipasang di kilang Inokom, Kulim, Kedah.

 

 


Sehingga semalam, Kia telah mengesahkan tiga model CKD yang telah dirancang termasuklah Kia Seltos dan Kia Carnival, sementara model ketiga akan ditentukan kelak.

Selain daripada memperkenalkan model CKD, Kia Malaysia Sdn Bhd juga turut merancang untuk mengeksport kenderaan ke pasaran ASEAN bagi memanfaatkan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).

Kia Motors yang memiliki 60 peratus pegangan di dalam syarikat baharu itu turut komited untuk memastikan Kia Malaysia Sdn Bhd menjadi sebuah hab pemasangan kenderaan di peringkat serantau.

Syarikat subsidiari BAuto, Dinamikjaya Motors akan mengendalikan penjualan stok kenderaan Kia yang tersisa daripada pengedar terdahulu, selain mahukan para pemilik Kia yang terdahulu mengemaskini informasi bagi memudahkan urusan seperti semakan kempen panggil semula dan status waranti.

 


Turut ditanya berkenaan perancangan Kia Malaysia Sdn Bhd untuk memperkenalkan barisan model-model hibrid dan EV, serta kemungkinan memulakan operasi CKD bagi EV di Malaysia.

Menurut Datuk Seri Ben Yeoh, mereka akan menggunakan pendekatan yang berbeza bagi mendidik para pelanggan berkenaan teknologi baharu yang bakal diperkenalkan pada masa akan datang.

"Apa yang paling penting adalah tahap penerimaan para pelanggan terhadap setiap teknologi yang kami bawakan, dan bagaimana cara kami menangani isu-isu yang timbul sebelum ia diterima sepenuhnya oleh pelanggan kami, sebelum kami memulakan operasi pemasangan bagi model-model yang dimaksudkan itu," ujar beliau lagi.

Baca Bahagian 1: Kia Malaysia teliti isu waranti & alat ganti, jamin pelanggan Kia sedia ada tidak diketepikan

Berita Berkenaan

Berita Global
Rancangan pengeluaran adalah sebanyak 16,000 unit sehingga tahun 2026 dengan anggaran nilai RM570…
Berita Domestik
Pencapaian ini datang sebagai tindak balas kepada maklum balas positif dan permintaan untuk model,…
Berita Domestik
Selain dari berita ketibaan model SUV segmen-C itu dalam pasaran, Kia Sportage juga akan dipasang…