Keluarga Ernesto mempunyai harta bernilai US$18.1 bilion dan kebanyakannya dari hasil perniagaan industri farmaseutikal.
Aston Martin mengalami masalah aliran tunai sejak tahun 2018. Bulan lalu, ia mengumumkan bahawa syarikat itu memerlukan tambahan dana walaupun baharu menerima suntikan modal sebanyak US$670 juta dari sekumpulan pelabur yang diketuai oleh Lawrence Stroll, pemilik pasukan Formula 1 Racing Point.
Ketua pasukan Formula 1 Mercedes-Benz, Toto Wolf juga ada membeli saham Aston Martin. Malah, Daimler sendiri (syarikat utama yang memiliki Mercedes-Benz) ada memiliki sejumlah kecil saham Aston Martin.
Aston Martin terpaksa menutup dua kilangnya di UK bulan lalu kerana wabak COVID-19.