PACUAN SEMUA RODA PERTAMA PORSCHE ADALAH KENDERAAN TENTERA - PORSCHE 597

oleh Firdaus Razani|
Tahukah anda? pertama kali Porsche menghasilkan sebuah kenderaan dengan pacuan empat roda adalah sebuah kenderaan untuk tentera yang dinamakan Porsche 597.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Jika dilihat pada nombor “597” pasti ramai orang berfikir, ia mungkin salah satu kereta sport Porsche kerana umumnya tahu Porsche gemar menggunakan tiga digit nombor pada setiap model kereta sport mereka.

 

597

 

Terhasilnya 597 ini adalah kerana, sewaktu ketika dahulu, Tentera Jerman memerlukan kenderaan yang ringan dan boleh dipercayai yang mampu menangani mana-mana jalan sambil mudah diservis.

Oleh itu, jurutera dari Zuffenhausen menghasilkan 597 yang turut digelar sebagai “Jagdwagen” yang membawa maksud kepada kereta memburu dalam bahasa Jerman.

597

 

Bagaimana Porsche terlibat dalam penghasilan itu adalah kerana, Porsche merupakan salah satu daripada tiga firma Jerman yang menyahut panggilan tender, bersama Auto Union (pendahulu kepada Audi) dan Goliath, anak syarikat pembuat kereta Borgward yang asal.

 

597

 

Kereta pacuan semua roda pertama dari Porsche ini mempunyai susun atur enjin belakang dengan flat-four yang diubah suai daripada kereta sport 356.

Dengan enjin 1.6 liter jenis boxer, ia mampu menghasilkan kuasa output sehingga 50hp dan mampu untuk mencapai kelajuan tertinggi sehingga 100 km/j.

 

597

 

Porsche 597 ini mempunyai karakter ketangkasan dan mampu untuk dipandu di laluan yang sukar kerana beratnya hanya 870kg serta menggunakan kotak gear manual empat kelajuan bersama gear off-road.

Untuk melihat persamaan kereta pacuan semua roda itu, ia boleh disamakan dengan model 959 dari tahun 1980-an yang turut mempunyai gear pendek “G” yang mebawa maksud Gelände atau terrain.

 

597

 

Selain dari boleh melalui kawasan atas darat yang penuh cabaran, 597 turut mampu untuk terapung di atas air, kerana dibantu oleh pelindung badan monocoque befungsi seperti tab kedap air.

Dengan berukuran hanya 3.6 meter panjang, kenderaan ini mampu bergerak dengan sangat lincah.

Porsche ketika itu mengutamakan kejuruteraan pada kenderaan tersebut dengan suspensi bebas, penyerap hentak teleskopik, dan pacuan semua roda yang boleh dipilih gandingan gandar hadapan yang inovatif.

 

597

 

Manakala penyejuk udara enjin telah diubah suai untuk mengutamakan kebolehpercayaan pada kenderaan itu berbanding menghasilkan kereta prestasi tinggi untuk kenderaan itu.

Jumlah yang dihasilkan oleh Porsche adalah hanya 71 unit sahaja sebelum Auto Union memperoleh kontrak pada tahun 1958 untun menghasilkan Typ F91 Munga yang lebih murah untuk dibina.

Dianggarkan kira-kira 50 unit bertahan dari masa ke masa, dan kebanyakan pemilik semasa tergolong dalam kelab Porsche yang dipercayai terkecil di dunia—Porsche Jagdwagen Registry e.V.

 

597

 

Hanya 49 unit sahaja yang dipercayai dibina untuk spesifikasi kereta awam, manakala baki 22 dibina dalam spesifikasi tentera.

Disebabkan oleh jumlah unitnya yang sangat sedikit dan jarang, nilainya ketika ini dikatakan telah melonjak dan beberapa tahun lalu, pada lelongan Monterey, RM Sotheby's menjual 597 spek ketenteraan dengan harga $665,000 (RM3.1 Juta).

 

SUMBER : Motor1

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…