Palsukan tarikh dokumen, warga Kedah dilarang balik Putrajaya

oleh Mohamad Hanif|
Seorang penjawat awam dihalang daripada pulang semula ke Putrajaya, selepas disyaki memalsukan tarikh surat kebenaran rentas negeri yang dikeluarkan oleh polis Putrajaya, semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Kedah Datuk Zainuddin Yaacob berkata, lelaki berusia 40-an itu, sebelum ini pulang ke Kedah bersama keluarganya dan menetap di Pendang, namun dia hanya dibenarkan merentas negeri untuk kembali ke Putrajaya pada 17 Mei lepas.

Katanya ketika ingin memulakan perjalanan pulang ke Putrajaya semalam, pihak polis membuat semakan pada surat kebenaran rentas negeri yang dikemukakan lelaki berkenaan, namun mendapati tarikh pergerakan telah dipinda secara tidak sah, daripada 17 Mei kepada 25 Mei.

 “Lelaki berkenaan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan, kerana pemalsuan dokumen dan dia juga dihalang pulang ke Putrajaya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Zainuddin mengetuai operasi pemeriksaan dari rumah ke rumah di beberapa lokasi di sekitar bandar raya ini, bagi mengesan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri yang ditetapkan kerajaan.

Sementara itu Zainuddin berkata, polis Kedah akan terus mempertingkatkan pemeriksaan kenderaan di pintu masuk dan keluar negeri ini, bagi memastikan pematuhan SOP berada pada tahap optimum.

“Dulu kita tapis orang awam balik ke Kedah, tapi sekarang ni kita tapis orang yang nak keluar dari Kedah, sama ada mereka ini benar balik dengan kebenaran atau lolos di pintu masuk.

“Oleh itu kita adakan sekatan jalan raya dua hala, iaitu susur keluar tol dan hala masuk pun kita periksa, dan kita akan teruskan sehingga Kedah betul-betul bebas COVID-19,” katanya.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-duanya memberikan alasan surat majikan yang disertakan sudah cukup dan tidak memerlukan cop…
Berita Domestik
Sementara negeri lain seperti Kedah, Kelantan, Sarawak, Negeri Sembilan dan Perak kekal di bawah…
Berita Domestik
Namun, beliau menegaskan terdapat beberapa SOP yang perlu dipatuhi oleh rakyat Malaysia seperti…