Namun, beliau menegaskan terdapat beberapa SOP yang perlu dipatuhi oleh rakyat Malaysia seperti:
- SOP Korban: Hanya 20 orang sahaja dibenarkan bagi seekor haiwan korban, dan bilangan haiwan tidak melebihi 10 ekor
- SOP Hari Raya: Hanya 20 orang tetamu dibenarkan berkunjung pada satu-satu masa semasa Hari Raya Aidiladha
Ini bermakna, orang ramai dibenarkan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi.
Sementara itu, individu-individu yang masih di dalam proses kuarantin di rumah adalah dilarang sama sekali untuk keluar beraya, pulang ke kampung, menunaikan solat sunat Aidiladha dan tidak boleh menerima tetamu.