Parkir Triton di laluan pejalan kaki, netizen jalankan 'siasatan'; 10 tunggakan saman

oleh SALINA JALIL|
Tindakan individu meletakkan sebuah trak pikap jenis Mitsubishi Triton di laluan pejalan kaki telah menerima kecaman hebat daripada orang ramai.


Menerusi perkongsian gambar yang dimuat naik oleh pengguna Twitter, memperlihatkan kenderaan tersebut sedang parkir di kawasan larangan sehingga menghalang seorang orang kelainan upaya (OKU) yang ingin melalui laluan berkenaan.

 

“Macam mana la OKU nak lalu, kalau nak parkir berbumbung beli la rumah bawah yang mahal-mahal,” ciapnya.

 

Kemudian, selepas dua jam perkongsiannya menjadi tular di media sosial dan difahamkan ada pihak telah membuat aduan mengenai perkara tersebut, dia sekali lagi memuat naik ciapan terbaharu memaklumkan bahawa pihak penguat kuasa telah datang bagi mengambil tindakan kepada pemilik kenderaan itu.

 

“Nah mendapat penguat kuasa dah datang buat kerja, mantap,” katanya.

 

Menjengah ke ruangan komen, ada pengguna lain turut memeriksa nombor pendaftaran kenderaan tersebut bagi mengetahui pemilik sebenarnya.

 

Hasil daripada pencarian yang dilakukan, kenderaan tersebut ternyata mempunyai tunggakan saman sebanyak RM2,400.

 

“Terdapat 10 saman berjumlah RM2,400 sehingga 4 Mac 2022.

 

“Siapa kenal pemilik Triton ini pesan pada dia selesaikan saman tertunggak dan pesan juga untuk jumpa mak cik berkerusi roda itu dan minta maaf sebab parkir kereta macam itu,” ujar Amirul Aiman Hamsuddin.

 

Selain itu, seorang pengguna lain turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan individu tersebut yang dianggap tidak berakal.

 

“Apa jenis manusia la, siapa ajar parkir kenderaan di laluan pejalan kaki, ini belajar kelas memandu atau tidak,” komen Rahim Mahmud.

 

 

 

 

– KOSMO! ONLINE

Berita Berkenaan

Informasi
  Menurutnya, kadar caj yang ditetapkan ialah RM2 bagi motosikal, kereta dan van (RM3), bas RM6,…
Berita Domestik
ParkEasy merupakan satu medium pintar yang membolehkan pemandu menempah slot parkir di pusat…
Berita Domestik
Menerusi perkongsian asal oleh @ayin8686 itu, kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah pusat…