Pasangan ditahan, jumpa ganja dalam kereta

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun ditahan bersama tiga ketulan daun kering mampat dipercayai ganja dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) OP COVID-19 di Persiaran Kayangan, Seksyen 7, petang semalam.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib lelaki itu ditahan sekitar jam 3.15 petang ketika melalui SJR berkenaan memandu sebuah Perodua Myvi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Hasil pemeriksaan terhadap kereta itu polis menemui satu bungkusan plastik berwarna putih dengan logo sebuah syarikat penghantaran barang di atas lantai tempat duduk belakang.

 

“Apabila dibuka, kita mendapati terdapat tiga ketulan mampat daun kering di dalam bungkusan itu disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 470 gram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan dibantu pasukan JSJN Bukit Aman ke rumah suspek di sekitar Seksyen 7, Shah Alam.

 

Katanya, di rumah itu polis menahan seorang wanita tempatan berusia 25 tahun dan hasil pemeriksaan turut menjumpai tiga balutan kertas timah yang mengandungi daun kering disyaki ganja dengan anggaran berat 23 gram.

 

“Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM1,600 serta mata wang asing iaitu 360,000 Vietnamese Dong disyaki hasil daripada jualan dadah berkenaan.

 

“Kedua-dua suspek adalah pasangan kekasih serta tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.

 

Baharudin berkata, suspek lelaki ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 21 April manakala wanita ditahan reman empat hari mulai hari ini sehingga 18 April bagi siasatan lanjut.

 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata, kebenaran itu akan bermula 9 September ini secara janji…
Berita Domestik
  Malah ada majikan yang menetapkan seseorang pekerja itu wajib memiliki lesen memandu sebelum…
Berita Domestik
  "Bilik pameran dalam talian kini terbukti menjadi alternatif yang sesuai untuk pelanggan semasa…