Pasca COVID-19: Industri aktiviti luar kini lebih sihat dan stabil

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Industri aktiviti luar kini sedang mengalami perkembangan yang sihat dan stabil selepas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diangkat sepenuhnya oleh kerajaan tahun lepas.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pegawai Perhubungan By The Billions, Afiq Feisal berkata, “Kami percaya bahawa sejak kejayaan program vaksinasi, semakin ramai rakyat Malaysia kembali aktif meneroka pengalaman baharu.”

“Oleh itu aktiviti luar, terutamanya aktiviti berkaitan 4X4 telah menjadi salah satu pilihan utama rakyat Malaysia.”

 

2

 

Menurut Afiq, peningkatan restorasi kenderaan 4X4 semakin meningkat, terutamanya dari jenis Land Cruiser, di mana ada di kalangan pemilik turut menggunakannya sebagai kenderaan harian.

Para pemilik bengkel juga telah mendapat manfaat daripada minat aktiviti restorasi kenderaan 4X4 dan retro, malah ada yang mencatatkan peningkatan sehingga 30 peratus dalam pendapatan bulanan mereka.

Menurut Leong dari Wing Hing Mudguard Shop, minat di kalangan rakyat Malaysia dalam industri ini telah meningkat secara berterusan sebanyak kira-kira 15 peratus dan meningkat sejak April 2022.

 

4

 

Beliau menambah bahawa, sebagai pemulih berpengalaman kenderaan Land Cruiser di USJ, dia telah menerima pertanyaan yang semakin meningkat tentang perkhidmatan, dan telah melakukan restorasi kira-kira 50 kereta sejak itu.

Pada 17 September lepas, acara Land Cruiser Day anjuran By The Billions telah dihadiri oleh lebih 200 pemilik dan peminat Land Cruiser, di mana ia merupakan salah satu daripada perhimpunan terbesar untuk model khusus itu sejak PKP.

Acara itu telah menampilkan hampir semua model Land Cruiser, daripada 40 Series hingga model terbaharu 300 Series terbaharu, termasuklah FJ Cruiser dan Mega Cruiser.

 

4

 

Ia turut menampilkan 11 kereta muzium ihsan dari Wing Hing Mudguard Shop yang memiliki cerita dan sejarah masing.

Minat yang semakin meningkat, By The Billions juga akan berbincang dengan pemain industri utama termasuk penganjur Rainforest Challenge Malaysia untuk meningkatkan pengalaman unik itu dengan menjadikan Land Cruiser Day sebagai acara tahunan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau seterusnya berkata jumlah kes harian yang boleh mencecah angka melebihi 4,000 kes bermaksud…
Berita Global
Jadi bagi mereka yang mahu menjadikan penampilan Tiguan mereka sedikit unik, dan tidak kisah akan…
Informasi
  Ia susulan masih ada individu dikenakan kompaun kerana melakukan aktiviti yang tidak dibenarkan…