Idea untuk Tiguan anda - VW Tiguan Black RiNo dengan suspensi direndahkan!

oleh Mohamad Hanif|
Idea merendahkan sebuah SUV atau crossover mungkin dilihat satu kerja gila, namun kalau dah minat, apa ada hal bukan?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jadi bagi mereka yang mahu menjadikan penampilan Tiguan mereka sedikit unik, dan tidak kisah akan pandangan orang lain, boleh cuba sendiri konsep yang ditampilkan oleh Volkswagen Tiguan Black RiNo Concept.

 


Pertama sekali, perubahan yang paling ketara adalah sistem suspensi gegelung boleh laras yang mampu merendahkan ketinggian SUV ini, diikuti dengan rim kustom bersaiz 20 inci dengan kemasan matte anthracite, dan dibaluti tayar 285 mm (50 mm lebih lebar berbanding tayar standard!).

 

 


Untuk menampung pertambahan berat akibat rim yang lebih besar, sistem brek yang lebih besar turut digunakan pada bahagian hadapan, lengkap dengan angkup brek enam omboh untuk memastikan kuasa pemberhentian yang mencukupi.

 


Selain daripada itu, beberapa penambahan dibuat seperti tempat pemijak sisi aluminium, sistem ekzos keluli tahan karat Borla, serta tip ekzos hitam berkilat yang menyamai unit yang dimuatkan pada Tiguan R.

Sementara bahagian belakang pula menampilkan spoiler bumbung, pengelap cermin belakang yang ditanggalkan, serta rak basikal Thule T1.

 

 


Ruang kargo Tiguan ini telah ditambah dengan pemasangan kerangka besi yang boleh digunakan untuk menyangkut helmet, hos pam angin, unit pemampat tekanan udara terbina dalam, serta kelengkapan yang bersesuaian untuk aktiviti luar.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia menampilkan trenkuasa plug-in hybrid 1.5 liter (PHEV) yang menawarkan jarak gerak elektrik…
Berita Global
Walaupun digelar sebagai 'kereta terbang', secara asasnya ia adalah sebuah quadkopter dengan…
Berita Global
Menurut Daihatsu, kereta "open-top" tanpa bumbung ini sesuai untuk mereka yang suka menikmati udara…