Pasukan petugas ditubuh atasi kesesakan Tambak Johor

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: NSTP
Menjelang tahun 2026 di mana projek Rapid Transit Sytem (RTS) Singapura-Johor Bahru dijangka siap, satu pasukan petugas sudah pun ditubuh dan digerakkan bagi mencari penyelesaian kesesakan yang sering berlaku di Tambak Johor.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi laman rasmi Facebooknya selepas melawat tapak projek RTS Woodlands North Terminus.

Penubuhan pasukan petugas tersebut adalah untuk penyelesaian jangka pendek bagi menyelesaikan masalah kesesakan di laluan sempadan paling sibuk di rantau ini.

Menurut laporan, dianggarkan lebih 300,000 rakyat Malaysia menyeberangi Tambak Johor setiap hari, dan Onn Hafiz yakin sistem pengangkutan moden yang bakal siap dalam tempoh empat tahun itu dapat mengatasi masalah kesesakan di Tambak Johor.

RTS Link, perkhidmatan ulang-alik sepanjang empat kilometer antara perhentian Singapura di stesen Woodlands North dan perhentian Malaysia di stesen Bukit Chagar di Johor Bahru.

Ia mampu menampung sehingga 10,000 penumpang sejam untuk setiap laluan.

Penumpang bakal menikmati pengalaman perjalanan yang pantas dan lancar antara Singapura dan Johor Bahru dengan masa perjalanan kira-kira lima minit antara kedua-dua stesen.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Tambah beliau, isu tersebut sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet…
Berita Domestik
  Ketika ini, beliau berkata, kenderaan yang memasuki negeri ini menerusi Tambak Johor, perlu…
Informasi
  Antara inisiatif baharu yang dibincangkan ialah penggabungan Dewan Penumpang Bas di Kompleks…