PDRM akan senaraikan soalan lazim (FAQ) pulang dari kampung

oleh Mohamad Hanif|
Polis akan mengeluarkan soalan lazim (FAQ) berhubung pergerakan pulang individu yang berada di kampung dan ingin pulang ke kediaman masing-masing dalam tempoh terdekat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata FAQ itu akan dikeluarkan selepas kerajaan membincangkan dan memutuskan prosedur operasi standard (SOP) yang akan diguna pakai.

"Ramai yang bertanya mengenai kebenaran pergerakan dari kampung dan sebagainya. Semalam saya sudah membangkitkan perkara ini dan saya percaya polis akan mengeluarkan SOP mereka yang baharu.

"Polis juga akan mengeluarkan FAQ untuk mereka memberi jawapan mengenai perkara berkenaan. Setakat ini belum ada SOP yang dibincangkan berhubung perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, setakat ini orang ramai hanya membuat permohonan dan selepas 1 Mei ini, kerajaan akan membincangkan mengenai SOP sebelum sebarang keputusan dibuat.

Media sebelum ini melaporkan rakyat yang berada di kampung dan ingin pulang ke kediaman masing-masing perlu membuat permohonan dan pendaftaran kepada polis bermula Sabtu lalu.

Permohonan itu boleh dibuat melalui dalam talian atau di balai polis berhampiran.

Bagaimanapun, kebenaran untuk membenarkan mereka pulang masih di peringkat kajian dengan nasihat oleh Kementerian Kesihatan.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"MPV SL 63 menghampiri dua lelaki tersebut dan mengarahkan untuk menghentikan motosikal yang…
Berita Domestik
“Hasil siasatan polis mendapati sebuah lori treler membawa muatan besi yang dalam perjalanan dari…
Berita Domestik
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin…