30 kenderaan alami kerosakan tayar di LPT & Karak, pemandu lori dirakam keterangan

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang pemandu lori yang membawa muatan besi hingga menyebabkan kerosakan tayar lebih 30 kenderaan di Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di sini, Isnin lalu, sudah dirakam keterangan oleh polis.

Ini susulan pihak konsesi lebuh raya menerima kira-kira 30 aduan mengenai kerosakan tayar akibat melanggar besi tajam di atas lebuh raya.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar polis menerima dua laporan mengenai kejadian itu pada Rabu, dibuat pegawai peronda LPT berusia 44 tahun dan seorang pemilik kenderaan berusia 30 tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Hasil siasatan polis mendapati sebuah lori treler membawa muatan besi yang dalam perjalanan dari Balakong, Selangor menuju ke Gebeng, Pahang dipercayai telah menyebabkan beberapa serpihan besi itu jatuh ke atas jalan.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan kepada pemandu atau penumpang kenderaan yang terbabit kejadian itu,” katanya dalam kenyataan.

Zaiham berkata, bertindak atas laporan polis berjaya mengesan pemandu lori iaitu lelaki berusia 28 tahun untuk membantu siasatan dan lelaki itu sudah hadir memberikan keterangan di Balai Polis Trafik Bentong pada 2 petang pada Khamis

Katanya, kes disiasat mengikut Rule 19 LN 166/59.

Beliau turut memohon mana-mana individu yang melihat kejadian untuk tampil membantu siasatan.

 

BuletinTV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berdasarkan maklumat diberikan, laluan yang terlibat dalam penemuan besi 'bracket' terbabit di…
Informasi
Menurutnya, aliran trafik dijangka meningkat secara berperingkat ke pantai timur bermula dari 5…
Berita Domestik
Beliau berkata kejadian terbabit didapati berlaku di KM 127 arah timur LPT 1 pada Ahad lepas dan…