PDRM - Purata 45 motosikal dicuri sehari!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Purata seba­nyak 45 motosikal dilaporkan hilang sehari di seluruh negara sejak 2018 hingga Ogos lalu.

Hal ini secara tidak langsung menunjukkan kes curi motosikal menjadi penyumbang utama kepada indeks jenayah harta benda sepanjang tempoh tersebut dengan 92,865 kes direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan kerugian RM278.59 juta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd Zain berkata, seba­nyak 300,470 kes jenayah harta benda direkodkan sepanjang tempoh sama dengan nilai kerugian RM4.38 bilion.

Daripada jumlah itu, kata beliau, kes curi kenderaan adalah penyumbang terbesar bagi ke­tegori jenayah harta benda ini dengan sebanyak 126,002 kes dicatatkan dalam tempoh sama.

Kes kecurian kenderaan ini terdiri daripada curi motokar dengan 27,078 kes membabitkan kerugian kira-kira RM3 bi­lion diikuti van atau lori dan jentera berat iaitu 6,059 kes dengan kerugian RM605.9 juta.

Ujar beliau, sebanyak 75,633 kes jenayah harta benda melibatkan pecah rumah atau curi dengan kerugian RM302.5 juta.

“Curi motosikal adalah penyumbang terbesar dengan 73.7 peratus kes harta benda dilaporkan adalah melibatkan jenayah ini.

“Namun begitu, secara kese­luruhannya kes curi kenderaan dan lain-lain kes bagi jenayah harta benda me­nunjukkan penurunan sepanjang tempoh sama,” katanya.

Kata Mohd. Shuhaily, jenayah indeks menunjukkan trend penurunan dengan purata pengurangan sebanyak 10,000 kes setahun.

Kata beliau, bagi awal tahun ini sehingga Ogos lalu, jumlah indeks direkodkan adalah sebanyak 34,420 kes dan dianggarkan pada akhir tahun ini dijangka kes direkodkan sebanyak 50,964 kes.

Dalam pada itu, mengulas mengenai jenayah kekerasan di negara ini, kata Mohd. Shuhaily, kes samun atau rompakan terdiri samun berkawan bersenjata api, samun berkawan tanpa senjata api; samun bersenjata api; samun tanpa senjata api masih menjadi penyumbang terbesar bagi kategori ini apabila 40,645 kes dengan kerugian RM121.8 juta bagi tempoh 2018 sehingga Ogos lalu.

“Lain-lain kategori jenayah kekerasan seperti bunuh, rogol dan mencederakan adalah kes yang tidak dirancang disebabkan perasaan marah, godaan nafsu sebanyak 34,853 kes direkodkan dalam tempoh sama.

“Kes-kes ini adalah sukar dicegah tetapi melalui kes ini juga kita boleh lihat trend penurunan dalam tempoh sama,” jelasnya.

Kata Mohd. Shuhaily, melihat kepada jenayah keseluruhan, trend menunjukkan penurunan yang sangat drastik.

Jelasnya, ini dapat dilihat pada tahun 2019 dan 2020 perbezaan sebanyak 17,833 kes iaitu 21.37 peratus disebabkan negara dilanda pandemik Covid -19.

“Hal ini juga terkesan kepada penurunan kes jenayah rompak dan pecah rumah. Aktiviti sekatan jalan raya oleh pihak polis merupakan faktor utama penurunan kes ini dengan tangkapan suspek.

“Dalam tempoh itu, seba­nyak 70,689 tangkapan dilakukan kerana terlibat dalam jenayah kekerasan seperti bunuh, rogol, samun dan mencederakan.Manakala, sebanyak 162,326 individu lagi ditahan kerana terlibat dalam jenayah harta benda,” katanya.

Berita Berkenaan

Informasi
  Orang ramai yang menyuarakan kebimbangan mereka menjadi mangsa seterusnya berikutan ketiadaan…
Berita Domestik
  Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihak…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi berkata suspek yang berusia 19…