PDRM - Tawaran diskaun saman trafik 50 peratus mulai esok

oleh SALINA JALIL|
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 50 peratus bermula esok hingga 18 Julai ini.


Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias, berkata tawaran itu tidak termasuk bagi kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama dilakukan dalam tahun ini, kesalahan kenderaan berat serta pengubahsuaian ekzos.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata orang awam boleh membuat bayaran saman itu menerusi portal rasmi PDRM dan aplikasi MyBayar Saman.

 

"Tawaran diskaun itu sebagai usaha menyokong hasrat kerajaan ke arah memberikan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai ketika situasi wabak COVID-19.

 

"Sepanjang tempoh kempen ini, semua kaunter pembayaran saman di kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah akan ditutup bagi mengurangkan penularan jangkitan COVID-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0," katanya menerusi kenyataan hari ini.

 

Azisman berkata aplikasi MyBayar Saman yang diperkenal PDRM juga dipertingkat bagi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya membuat pembayaran melalui aplikasi itu.

 

Menurutnya, pengguna telefon bimbit boleh memuat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Play Store, Apple Apps Store dan Huawei Gallery.

 

 

– BERNAMA

Berita Berkenaan

Informasi
Mohd Rashid Mohd Ridwan, 48, tidak melepaskan peluang merebut tawaran potongan 50 peratus kadar…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata…
Berita Domestik
Astro Awani melaporkan, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pemilik…