Pekerja bank disabit bersalah menyamar jadi polis bermotosikal

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seorang pekerja bank di UK telah dijatuhkan hukuman setelah dihakimi oleh mahkamah di sana atas kesalahan menyamar menjadi pegawai polis bermotosikal tanpa niat untuk menipu.

Darren Emanuel, 46 tahun ditahan kerana menunggang motosikal BMW R1200 RT yang pernah digunakan oleh polis Yorkshire Utara.

Menurut Emanuel, beliau membeli bekas motosikal polis itu dari seorang pegawai polis yang tidak mahu menunggang lagi.

Motosikal itu masih menggunakan cat dan warna motosikal polis, lengkap dengan lampu biru dan pelekat (sticker) lambang polis.

Sewaktu ditangkap, beliau juga sedang memakai jaket polis dengan tulisan POLITE di belakang, mirip kepada bentuk tulisan POLICE.

Menurut Emanuel, beliau sudah menunggang motosikal itu lebih dari 1,000 batu dan tidak pernah ditahan.

Hakim Grant McCrostie berkata walaupun Emanuel tidak ada niat untuk menipu sesiapa, tetapi beliau tetap bersalah kerana membuat ramai tertipu menyangkakan beliau ialah polis sebenar.

Emanuel dilepaskan secsara bersyarat selama 12 bulan dan diminta untuk membayar kos guaman bernilai £650 dan surcaj £20.

Diharapkan ada segelintir orang awam di Malaysia yang menunggang motosikal besar terasa dengan berita ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…