Pelabuhan Klang bakal "kejar" Singapura

oleh HEZERI SAMSURI|
Ramai yang cuma tahu bahawa Pelabuhan Klang ialah pelabuhan terbesar di Malaysia tetapi ramai yang tidak tahu bahawa dalam tahun pelabuhan di pesisir Selat Melaka itu juga adalah pelabuhan yang ke-12 terbesar di dunia (mengikut kapasiti), selepas Singapura.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Westports Holdings Sdn Bhd, operator untuk pelabuhan itu akan melabur sebanyak RM39.6 billion untuk menggandakan kapasiti Pelabuhan Klang dari 14 juta TEU (unit volum kontena) kepada 27 juta TEU.

Menurut laporan Nikkei Asia, Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Westports, Ruben Emir Gnanalingam, pelabuhan itu memulakan pelaburan itu tahun ini dan akan mengambil masa 40 tahun untuk mencapai sasaran tersebut.

Laporan itu juga menyebut bahawa usaha ini ialah agar Pelabuhan Klang setanding dengan pelabuhan Singapura.

Dana yang akan digunakan untuk pelaburan itu akan datang dari pendapatan pelabuhan itu sendiri dan juga dari terbitan bon Islamik sukuk yang dipertingkatkan untuk mencatat lebih kurang RM5 billion.

Kerajaan persekutuan telah bersetuju dengan pelan pembangunan Westports itu Ogos tahun lalu.

Ia juga termasuk projek penebusgunaan tanah di sepanjang pesisiran pantai yang meningkatkan saiz prasarana dari sembilan terminal kontena kepada 17.

 

 

Pembangunan Pelabuhan Klang ini selari dengan tren global yang mahu mengurangkan kadar kebergantungan industri terhadap China akibat risiko ketegangan geopolitik.

Gnanalingam berkata banyak syarikat dunia kini menggunakan strategi "China plus one" di mana mereka mahukan satu lagi pilihan lokasi kilang di luar China.

"Malaysia semakin menjadi pilihan ramai dan kami perlu pastikan pelabuhan di dalam negara mampu menangani jumlah kargo yang semakin meningkat," terang beliau.

Pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan menyambungkan kawasan pantai timur kepada Pelabuhan Klang juga adalah satu lagi sebab kenapa Westcoasts perlu lebih bersedia.

"Pelaburan sektor pengilangan akan meningkat di pantai timur dan mereka akan menggunakan ECRL untuk menghantar kargo ke Pelabuhan Klang,' sambung Gnanalingam lagi.

Beliau juga berkata cadangan Pelabuhan Darat Thailand tidak akan menggugat Malaysia.

"Buat masa sekarang, tidak ada satu pelanggan Pelabuhan Klang yang berminat dengan cadangan Thailand itu kerana ia adalah satu perkara yang mustahil dari segi logistik.

Pelabuhan Darat yang dicadangkan Thailand itu sebenarnya hanya akan menambahkan kos pengendalian kargo dan juga menambah kepada pelepasan karbon," ujar Gnanalingam.

Untuk laporan penuh, layari Nikkei Asia.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Lembaga Pelabuhan Klang telah diarahkan untuk membantu syarikat logistik, pengimport, pengeksport…
Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, suspek dikatakan cuba melarikan diri dengan memandu secara merbahaya…
Berita Domestik
Empat syarikat yang dimaksudkan itu adalah seperti berikut: Artha Logistics Sdn Bhd (dua unit…