PELABURAN PADA EV GAGAL - CEO HERTZ LETAK JAWATAN

oleh Firdaus Razani|
Pada 2021, syarikat gergasi kereta sewa, Hertz telah membuat kejutan besar apabila mengumumkan rancangan untuk membeli 100,000 Tesla dan meluaskan lagi kumpulan EVnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perjanjian itu datang selepas setengah tahun penstrukturan semula bernilai $4.2 bilion yang telah menyelamatkan syarikat tersebut daripada muflis.

Perkara tersebut telah menaikkan harga saham jenama itu naik 40 peratus dalam tempoh dua minggu.

Dua setengah tahun kemudian, jenama itu menjual kebanyakan EV tersebut pada harga yang sangat rendah dan saham itu didagangkan pada hanya 20 peratus daripada paras tertinggi pada 2021.

Oleh disebabkan tindakan itu juga, Ketua Pegawai Eksekutif Stephen Scherr mengambil keputusan untuk berundur daripada peranan beliau dalam syarikat tersebut.

Kini, syarikat itu telah melantik bekas eksekutif Cruise, Gil West untuk memegang jawatan sebagai CEO baharu syarikat sewa kereta itu.

Cruise menggugurkan beliau pada November lalu selepas program kereta tanpa pemandunya yang berpangkalan di California dihentikan dan 950 kereta tanpa pemandunya telah ditarik balik.

Dengan jawatan yang disandang di syarikat Hertz, beliau perlu memikirkan cara mengimbangi permintaan sedia ada untuk kereta sewa ICE dengan rancangan kenderaan elektrik.

Hertz merupakan salah satu syarikat gergasi automotif terbaharu yang merasakan pedihnya pelaburan awal dalam EV dengan isu terbesar ialah permintaan rendah daripada penyewa dan kos pembaikan yang tinggi daripada pembekal.

Perkara itu menyebabkan syarikat itu mengumumkan rancangan untuk menjual 20,000 kumpulan EVnya.

Tindakan tersebut amat memberi kesan pada syarikat kerana melabur terlalu banyak dalam inventori Tesla dan kemudian memutuskan untuk menjual semula kereta jenama itu.

Kini, Gil West perlu bertanggungjawab untuk memikirkan cara bagi Hertz untuk kembali ke perniagaan menyewa kereta yang mampan.

 

SUMBER : RoadandTrack

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut firma tersebut, pada sasaran awalnya adalah untuk menjadikan 25 peratus daripada firma…
Berita Global
Ia hanya ditawarkan di beberapa lokasi di Amerika Syarikat, dan boleh didapati dalam dua versi,…
Berita Global
Satu perjanjian yang terbentuk antara Hertz dan Polestar menyaksikan pembelian sekurang-kurangnya…