Pelan elektrifikasi Porsche tidak merangkumi model 911, setakat ini

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar automotif mewah Jerman, Porsche kini sedang rancak meningkatkan penjualan kenderaan elektrik menerusi model Taycan sedan dan Taycan Cross Turismo, serta beberapa lagi varian Taycan yang bakal muncul dalam masa terdekat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, pelan elektrifikasi Porsche itu tidak merangkumi model ikon mereka, di dalam kes ini Porsche 911.

Menurut CEO Porsche, Oliver Blume menjelaskan, Porsche 911 merupakan model Porsche terakhir yang akan menjalani proses elektrifikasi penuh.

"Porsche 911 merupakan ikon kami, dan kami akan tetap membangunkan model 911 yang dilengkapi dengan enjin pembakaran dalaman.

"Konsep asal 911 tidak membenarkan ia menjadi sebuah kereta elektrik sepenuh masa, disebabkan posisi enjin yang terletak di bahagian belakang, jadi dengan meletakkan beban (bateri) di bahagian belakang, anda tidak akan mampu memandu jentera itu.

Terdahulu, Porsche dilaporkan akan memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada penawaran kenderaan terdiri daripada trenkuasa elektrik menjelang tahun 2030, dan ini memberikan petanda Porsche 911 berkemungkinan besar akan hadir dengan trenkuasa hibrid, mengambil kira pengalaman mereka ketika menggunakan jentera lumba hibrid.

Sumber: CNBC

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…