Pelancaran rasmi Mercedes-Benz GLB-Class 22 September ini!

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Malaysia baru-baru ini mengumumkan secara rasmi pengenalan sebuah lagi model SUV untuk pasaran Malaysia secara dalam talian pada 22 September ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model yang dimaksudkan adalah Mercedes-Benz GLB-Class dan bakal diposisikan di antara model GLA-Class dan GLC-Class.

Secara asasnya, GLB dibina menggunakan platform yang sama digunakan pada model A-Class, B-Class, CLA-Class dan juga GLA-Class, namun ia merupakan penawaran SUV dengan tujuh tempat duduk aras mula bagi barisan keluarga SUV Mercedes-Benz.

Berikut merupakan perbandingan saiz antara GLA, GLB dan GLC:

GLA: 4,410 mm x 1,834 mm x 1,161 mm (jarak roda 2,729 mm)
GLB: 4,634 mm x 1,834 mm x 1,633 mm (jarak roda 2,829 mm)
GLC: 4,656 mm x 1,890 mm x 1,639 mm (jarak roda 2,873 mm)

 


Di sesetengah pasaran, GLB-Class ditawarkan dalam tiga varian utama iaitu:

  • GLB 200 - enjin M282 1.3 liter turbo (161 hp/250 Nm), 0-100 km/j 9.1 saat
  • GLB 250 4MATIC - enjin M260 2.0 liter turbo (221 hp/350 Nm), 0-100 km/j 6.9 saat
  • GLB 35 AMG 4MATIC - enjin M260 2.0 liter turbo (302 hp/400 Nm), 0-100 km/j 5.2 saat

Setakat ini, tidak dapat dipastikan varian yang manakah bakal dibawa masuk oleh Mercedes-Benz Malaysia, namun rakan media kami Paultan telah berjaya menemukan sebuah unit AMG GLB 35 dikesan dalam perjalanan di Lebuhraya NKVE awal bulan yang lalu.

Ini menandakan Mercedes-Benz Malaysia berkemungkinan besar bakal menawarkan versi berprestasi tinggi GLB untuk peminatnya di Malaysia.

Butiran lanjut berkenaan GLB 250 dan AMG GLB 35 boleh dibaca pada pautan di bawah:

Mercedes-Benz GLB 2020

Mercedes-AMG GLB 35 4MATIC

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu unit daripada GLB 250 talaan Brabus, iaitu Brabus B25 itu kini sedia untuk dilepaskan…
Berita Domestik
Menurut Mercedes-Benz, GLB-Class ini diposisikan sebagai sebuah kereta keluarga kompak global di…