Pelancong asing bakal bayar lebih untuk hotel di Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Pelancong dari negara luar berkemungkinan akan terpaksa membayar harga bilik hotel yang lebih tinggi di Thailand.
JAECOO Q4 MREC Banner Campaign November Starting: 3rd Nov

Ini adalah antara usaha kerajaan negara itu untuk menambahkan lagi pendapatan agar proses pemulihan selepas COVID19 disegerakan.

Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand merancang untuk meminta pelawat dari negara luar untuk membayar harga bilik pada kadar sebelum COVID19 sementara pelancong tempatan dikenakan kadar lebih rendah selepas diskaun.

Ia juga dikatakan akan membantu hotel untuk mempunyai sokongan kewangan bagi meningkatkan tahap kualiti premis mereka.

Walaupun kerajaan Thailand telah memudahkan cara kemasukan ke negara itu dengan menghentikan semua sekatan perjalanan berkaitan COVID19, jumlah pelancong yang datang masih berkurangan dari dahulu.

Ia mensasarkan sejumlah 9.3 juta pelancong asing bagi tahun 2022, angka yang sangat kecil berbanding dengan 40 juta pelancong yang ke sana dalam tahun 2019.

*Sumber dari Bangkok Post

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Buat masa ini, Bali mengenakan bayaran kemasukan sebanyak 150,000 rupiah (RM45) kepada pelancong…
Berita Domestik
Caj yang dikenakan adalah lebih tinggi berbanding perkhidmatan sah seperti teksi lapangan terbang…
Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…