Untuk makluman, hattchback segmen A Perodua Axia generasi pertama telah pun dihentikan produksinya pada bulan ini bagi memberikan laluan kepada produksi model generasi baharu model tahun 2023.
Presiden dan CEO Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad semasa sidang media memaklumkan pihaknya menyarankan mana-mana pelanggan yang sudah menempah Axia sebelum ini untuk bertukar kepada Axia baharu.
Jelasnya lagi, pihak Perodua tidak akan memaksa pelanggan untuk membuat penukaran model tersebut, memandangkan mereka faham akan perbezaan harga yang wujud antara kedua-dua model tersebut.
Perodua juga bersetuju akan menyerap kos SST bagi pelanggan yang mahu menukar kepada Axia 2023, namun ia dikhususkan untuk mereka yang sudah menempah Axia sebelum 30 Jun 2021 di bawah inisiatif PENJANA.
Perodua walau bagaimanapun masih lagi belum memutuskan langkah yang sewajarnya bakal diambil untuk pelanggan yang menempah Axia selepas tempoh inisiatif tersebut tamat.