Pelebaran Lebuhraya JB-Simpang Renggam siap dalam tempoh tiga tahun

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Projek pelebaran Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) fasa satu dan fasa dua dari Johor Bahru ke Simpang Renggam dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan Johor juga telah mencadangkan agar kerja pelebaran ini dilaksanakan sehingga ke Tangkak pada fasa seterusnya.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

'Melalui perjumpaan dengan Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Nik Arina Nik Jaafar, beberapa perkara lain telah dibangkitkan dan dibincangkan, terutamanya mengenai aliran trafik, penyelenggaraan dan pembangunan infrastruktur kemudahan untuk pengguna.

"Antaranya seperti mengaktifkan 'smartlane' atau lorong kecemasan di lebuh raya pada waktu puncak dan hujung minggu dan meningkatkan fasiliti RnR di lebuh raya.

"Selain itu pemantauan perlu dilakukan terhadap jadual waktu bagi melakukan kerja naik taraf atau baik pulih jalan di lebuh raya dan mengawal masa pergerakan lori dan kontena," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Onn Hafiz seterusnya berharap agar cadangan yang dicadangkan dapat diterjemahkan demi keselesaan dan keselamatan Bangsa Johor.

"Pada kesempatan ini juga, kerajaan Johor ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada PLUS Malaysia Berhad yang telah menyempurnakan Rukun Islam ke-4, iaitu membayar zakat dengan jumlah kutipan zakat sebanyak RM650,000," katanya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Untuk makluman, maklumat kemalangan yang ditularkan adalah semasa petugas PDRM mengiringi orang…
Berita Domestik
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori treler membawa muatan kontena berisi baja…
Berita Domestik
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor, kemalangan…