Peluru berpandu China capai kelajuan 10,460 km/j, mustahil dan sukar dipintas!

oleh Penyumbang Rencana|
Beberapa pegawai perisikan memberi amaran bahawa China mencapai kemajuan drastik dalam teknologi peluru berpandu hipersonik sehingga tidak mampu dan mustahil mengelakkan senjata tersebut daripada dipintas.

Akhbar Daily Express melaporkan, peluru berpandu balistik DF-17 dan DF-27 milik China mencapai kelajuan 10,460 kilometer sejam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Senjata itu menimbulkan ancaman besar kepada aset ketenteraan termasuk kapal perang utama Britain, HMS Queen Elizabeth dan HMS Prince of Wales.

Kebimbangan terhadap misil tergolong dalam kategori kenderaan luncur hipersonik (HGV) itu mendorong tindak balas segera daripada sekutu-sekutu Barat. 

Britain, Australia dan Amerika Syarikat (AS) sebagai ahli perikatan tentera AUKUS kini berusaha merangka pelbagai langkah bagi menangani ancaman tersebut.

Lebih membimbangkan apabila HGV berupaya terbang pada trajektori lebih rendah daripada peluru berpandu balistik antara benua lain, menyebabkan ia sukar  dipintas.

“China mengutamakan keupayaan ini dan membina senjata HGV terkemuka di dunia. Ia mencatat  kemajuan dramatik dalam tahun 2020-an. Menangani ancaman ini menjadi keutamaan AUKUS,” kata mereka.

peluru

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Global
  Laporan dari Nikkei melaporkan bahawa kementerian tersebut sedang giat memperkasa keupayaan…
Berita Global
  Ujian berlangsung selama kira-kira 10 minit, bermula 4.45 pagi waktu tempatan pada Isnin (19:45…
Berita Global
  Menurut siaran akhbar dari JIT, pihak itu masih terus menyiasat untuk mencari kebenaran,…