Hanya dalam tempoh 10 minit, insiden tersebut melibatkan sebuah van awam, sebuah bas francais dan sebuah kereta persendirian, serta menyebabkan empat orang cedera.
Pemandu bas berusia 64 tahun ketika itu sedang dalam perjalanan berhampiran bulatan tidak jauh dari Castle Peak Road Tai Mei apabila ia bertembung dengan sebuah lagi bas mini berwarna hijau pada jam 12.27 tengah hari.
Kejadian itu telah mencederakan seorang lelaki dan dua penumpang wanita yang masing-masing berusia diantara 39 hingga 81 tahun dan seterusnya mereka dibawa ke Hospital Pok Oi.
Lapan minit selepas pemandu kenderaan tersebut meninggalkan tempat kejadian, dia telah melanggar bas dua tingkat KMB di Castle Peak Road Yuen Long.
DIa kemudiannya ditahan di sebuah kedai membaiki kereta di Tai Tong kerana disyaki memandu secara berbahaya dan gagal berhenti selepas kemalangan.
Menurut sumber, pemandu tersebut membawa bas mini itu kedai pemaikan untuk membaikinya, tetapi salah seorang pekerja rasa curiga dan enggan terhadap pemandu itu.
Kemudian, pekerja tersebut menghubungi kakitangan di terminal bas mini tersebut untuk melaporkan kejadian itu kepada polis.
SUMBER : SouthChinaMorningPost