Xpeng lantik Sime Darby jadi pengedar rasmi di Hong Kong

oleh Firdaus Razani|
Syarikat EV dari China, Xpeng telah melantik Sime Darby sebagai pengedar rasmi jenama itu untuk pasaran Hong Kong.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Ia juga membuktikan Xpeng serius dalam usaha untuk memasarkan produk mereka untuk pasaran Panduan Sebelah Kanan (RHD).

Sime Darby dilaporkan akan membuka dewan pameran Xpeng di negara kepulauan itu dalam suku ketiga tahun ini, dengan model G6 dan X9 sebagai tawaran pertama Hong Kong.

Model G6 adalah sebuah SUV lima tempat duduk dengan jarak gerak 580 km sementara X9 pula menawarkan tujuh tempat duduk dengan jarak gerak sejauh 610 km.

Xpeng ialah syarikat EV premium yang mahu memberikan fokus kepada fungsi pemanduan berautonomi, walaupun undang-undang di banyak negara masih tidak membenarkan penggunaannya.

Xpeng dan satu lagi syarikat EV, Nio dikatakan boleh menjadi pesaing terbaik Tesla untuk pasaran China.

Volkswagen mempunyai sedikit saham pegangan di dalam Xpeng, dan Xpeng telah mengumumkan ia akan masuk ke pasaran Malaysia, Thailand dan Singapura dalam peoses globalisasinya.

 

Berita lanjut sila ke South China Morning Post.

Berita Berkenaan

Berita Global
Xpeng AeroHT, yang juga sekutu pengeluar EV China Xpeng, akan meletakkan harga kereta terbang…
Berita Global
Dasar ekonomi itu meurujuk kepada penerbangan dron dengan dan tanpa juruterbang di bawah paras 3,…
Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…