Pelumba daripada pasukan Formula 1, Scuderia Toro Rosso iaitu Pierre Gasly dan Brendon Hartly dilaporkan telah menerima unit masing-masing untuk kegunaan harian, iaitu sebuah Honda Civic Type-R.
Menurut Gasly, beliau berasa amat bertuah menerima sebuah Type R sebagai kenderaan harian.
"Kemungkinan besar saya akan mencubanya di jalan ikonik Route Napoleon di Selatan Perancis, atau di litar perlumbaan di mana saya boleh mencuba keupayaan (Type R) ini," tambah beliau.
Sementara itu, Hartley mempunyai perasaan sentimental apabila menerima jenteranya, oleh kerana kereta pertamanya merupakan sebuah Honda Civic tahun 1996.
"Saya berasa amat seronok apabila dapat menaiktaraf kenderaan saya menjadi sebuah Type R," ujar beliau.