Pemandu mabuk langgar kenderaan keluar dari parkir

oleh SALINA JALIL|
Lelaki ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan dalam kejadian di Jalan SS 3/36 Sungai Way di sini, tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek berusia 48 tahun itu memandu Proton Wira.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu seorang lelaki sedang keluar dari parkir sebelum dilanggar kenderaan dinaiki suspek.

 

"Pemeriksaan mendapati suspek memandu dalam keadaan mabuk hingga mengakibatkan kemalangan itu," katanya dalam satu kenyataan.

.

Nik Ezanee berkata, kemalangan berkenaan tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada kedua-dua pemandu.

 

"Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Petaling Jaya bagi tujuan pengesahan menggunakan mesin Evidential Breath Analyzer (EBA) dan mendapati bacaan melebihan had yang ditetapkan.

 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,"katanya.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dia didakwa memandu kereta BMW dalam keadaan paras alkohol di dalam badannya melebihi had…
Berita Global
Menurut Rang Undang-undang Rumah “House Bill” 393, pemandu mabuk yang disabitkan dengan pembunuhan…
Berita Global
Difahamkan, kemalangan ngeri itu berlaku di Bellevue, Washington pada 30 September sekitar jam 4.00…