Pemandu Myvi berlagak samseng jalanan sudah dipanggil polis

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Harian Metro
Pemandu kereta tular berlagak ala samseng jalanan semasa memotong barisan di susur Pandan Indah, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini baru-baru ini sudah tampil memberi keterangan.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Farouk Eshak berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 14 saat memaparkan kejadian itu tular di media sosial pada Jumaat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Pemandu Perodua Myvi itu hadir ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya malam tadi untuk memberi keterangan berkenaan kejadian.

"Kes disiasat mengikut Peraturan 6(1) Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Memotong barisan)," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Berdasarkan video tular terbabit, lelaki berusia 39 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi berwarna hitam itu datang dari arah kanan lalu cuba memotong semula ke kanan secara melulu lalu dihon sebuah kereta lain.

Akibat berang, pemandu Myvi terbabit dilihat menghayun tangan ke luar tingkap beberapa kali.

Kejadian dipercayai berlaku pada Khamis lalu, 5.47 petang ketika laluan berkenaan sesak dengan kenderaan.

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Menyusahkan oranglah engkau ni. Sebab kau bodoh la kau kerja tol. Buka! Buka! Kalau pandai kau tak…
Hezeri Samsuri
Seperti biasa, tidak ada sesiapa muncul dengan kajian lengkap dengan data-data kukuh untuk membantu…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 5.35 petang itu melibatkan sebuah ambulans…