Pemandu Myvi sebabkan kematian polis: Penjara 8 tahun, denda RM30k

oleh HEZERI SAMSURI|
Mahkamah Majistret di Johor Bahru hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda RM30,000 terhadap seorang pemandu yang mengaku bersalah akibat memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang anggota polis, Konstabel Nicholester Dadup Anak Unggat kira-kira jam 6 pagi pada 1 November lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mohd Shafiq Lokman, 26, seorang pembantu kedai mengaku bersalah di hadapan Majistret Mohd Zaki Abd Rahman.

Shafiq juga tidak dibenarkan untuk memegang lesen memandu selama lima tahun.

Beliau dituduh di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun, denda tidak lebih RM50,000 serta hilang kelayakan daripada memegang dan mendapatkan lesen memandu selama lima tahun.

Dalam kejadian itu, Konstabel Nicholester maut dalam kemalangan manakala rakan setugasnya cedera parah selepas kenderaan unit peronda polis (MPV atau Mobile Patrol Vehicle) dinaiki mereka terbalik ketika mengejar sebuah kereta Perodua Myvi dipercayai penjenayah, di Jalan Kangkar Tebrau/Jalan Tun Teja, Johor Bahru. 

* Laporan penuh di Sinar Harian

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…