Pemandu Proton Satria cuba rempuh anggota polis

oleh SALINA JALIL|
Pihak berkuasa terpaksa melepaskan satu das tembakan di bahagian tayar kereta Proton Satria selepas pemandunya cuba merempuh anggota polis sedang bertugas dalam kejadian di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara Utama, di Petaling Jaya semalam.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian anggota polis dari Balai Polis Damansara yang mengejar kereta berkenaan di Jalan Anggerik Kampung Sungai Kayu Ara jam 2.25 petang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Dalam kejadian itu, anggota polis terpaksa melepaskan satu das tembakan di bahagian tayar hadapan sebelah kanan kereta itu kerana (pemandunya) bertindak agresif apabila cuba melanggar anggota bertugas.

 

"Malah, ketika pihak polis mengejar kereta berkenaan, suspek juga bertindak memandu melawan arus di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) sebelum berhenti di tepi jalan berhampiran sebuah gereja di SS25.

 

"Suspek kemudian keluar dari kereta itu dan melarikan diri melalui longkang berhampiran," katanya dalam kenyataan.

 

Nik Ezanee berkata, pemeriksaan terhadap kereta yang ditinggalkan suspek di lokasi menemukan pelbagai barangan yang disyaki digunakan untuk kegiatan pecah cermin kereta.

 

"Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kami percaya suspek masih berada di dalam daerah ini.

 

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam.

 

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Adam Firdauz Ahmad di talian 012-7565464 untuk tindakan lanjut," katanya.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…