Pemandu Volkswagen Scirocco cuba rempuh anggota, polis lepaskan tembakan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Polis melepaskan tiga das tembakan ke arah sebuah kereta jenis Volkswagen Scirocco selepas pemandunya cuba merempuh pihak berkuasa di hadapan sebuah rumah di Taman Wadi Iman, Ketereh di Kota Bharu, pada Ahad.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, penganggur berusia 31 tahun itu ditahan sepasukan anggota Risik Batalion 7, Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan, Pahang pada jam 4.15 petang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Semasa diserbu, suspek cuba melanggar anggota menyebabkan tiga das tembakan dilepaskan bagi tujuan mempertahan diri dan memberhentikan kereta itu.

“Dua tembakan kena pada tayar kanan dan satu tembakan terkena bahagian hadapan kereta terbabit sebelum suspek berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, pada Isnin.

Menurut beliau, pemeriksaan di dalam kereta itu menjumpai satu beg berwarna hitam di dalamnya terdapat 2,400 pil kuda dengan anggaran berat 246 gram (g) dan 9.25g heroin.

Suspek seterusnya memandu arah polis ke sebuah lagi kereta jenis Proton Pesona yang berada di bawah garaj di hadapan rumah tersebut untuk diperiksa.

“Hasil pemeriksaan menjumpai satu beg kulit di dalam berisi 2,000 pil kuda dianggarkan seberat 213.7g.

“Jumlah keseluruhan dadah dan harta yang dirampas serta disita ialah RM175,635,” katanya.

Ujar beliau, ujian saringan air kencing suspek didapati positif dadah, bagaimanapun dia tidak mempunyai rekod lampau berdasarkan semakan polis.

“Siasatan terhadap suspek masih diteruskan. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah,” katanya.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Hasil siasatan mendapati klip video tersebut telah tular melalui laman sosial X dan telah dimuat…
Informasi
"Laluan yang akan digunakan membabitkan 40km dalam Pusat Bandar Kuala Lumpur manakala selebihnya…
Berita Domestik
"Siasatan kes itu dah selesai dan sehingga semalam (Ahad) kita terima satu laporan polis dari…