Pemandu wanita Alza maut, kereta dihempap pokok

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari media sosial
Seorang wanita maut selepas kereta Perodua Alza dipandunya dihempap pokok besar di Jalan Ulu Yam-Gombak, pada Selasa.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.14 petang.

Beliau berkata, sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke tempat kejadian.

“Tiba di lokasi, anggota bertugas mendapati sebatang pokok menghempap MPV jenis Perodua Alza  yang dipandu seorang wanita berusia 40-an.

“Kerja-kerja memotong pokok dilakukan untuk mengeluarkan mangsa dan berjaya dibawa keluar 7.10 malam, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan.

- Salam takziah kepada keluarga mangsa -

TV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kejadian turut menyebabkan seorang wanita berusia 19 tahun cedera apabila kereta Perodua Myvi…
Informasi
"Laluan ini sudah ditutup sepenuhnya. Bagi kenderaan yang masih tersangkut (terperangkap) di laluan…
Berita Domestik
Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.25 petang, yang memaklumkan terdapat pokok…