Pemandu wanita jadi samseng jalan raya, pecah cermin kenderaan dengan pengunci stereng

oleh SALINA JALIL|
Akibat tidak berpuas hati kerana mendakwa keretanya dihimpit sebuah van, wanita bertindak memecahkan cermin kenderaan itu menggunakan pengunci stereng di Sentul Pasar, di sini, pada 5 Julai lalu.


Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada wanita berusia 26 tahun itu dan pemandu van syarikat platform e-dagang berusia 36 tahun berhubung kejadian.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, wanita itu membuat laporan mendakwa keretanya dihimpit van dipandu lelaki berkenaan, manakala lelaki itu pula membuat laporan berkaitan kes pecah cermin kenderaan.

 

"Mengikut laporan wanita itu, van dipandu seorang lelaki menghimpit keretanya dan mematahkan cermin sisi bahagian pemandu semasa dia berhenti di persimpangan lampu isyarat Kampung Batu Muda.

 

"Wanita itu bertindak mengekori van terbabit dan membunyikan hon supaya kenderaan berkenaan berhenti untuk berbincang, namun tidak diendahkan.

 

"Akibat tidak berpuas hati, wanita itu yang memandu Perodua Axia bertindak menghalang laluan van terbabit dan memecahkan cermin kenderaan berkenaan menggunakan pengunci stereng," katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Beh berkata, lelaki berkenaan menafikan kejadian dan mendakwa perselisihan faham berpunca daripada tindakan wanita terbabit yang membuat pusingan U secara tiba-tiba.

 

Menurutnya, pemandu van itu memaklumkan turut membunyikan hon untuk menegur tindakan wanita berkenaan.

 

"Disebabkan tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu, wanita terbabit mengejar van berkenaan dan dua kenderaan terbabit secara tidak sengaja bergesel," katanya.

 

Menurutnya, polis sudah mengambil keterangan kedua-dua pemandu itu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.

 

"Orang ramai dinasihatkan sentiasa mematuhi undang-undang dan tindakan tegas akan diambil jika ingkar," katanya.

 

Terdahulu, satu video berdurasi 19 saat menunjukkan seorang wanita memecahkan cermin sebuah van di Sentul Pasar, di sini, tular di media sosial, hari ini.

 

 

Harian Metro

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Rakaman video berdurasi 11 saat yang memaparkan tindakan lelaki itu tular di media sosial sejak…
Berita Domestik
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin…
Berita Domestik
  Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hakimie Ab Hadi, manakala tertuduh diwakili…