Pembinaan WCE: Jalan ditutup 9 bulan bermula Khamis ini

oleh Penyumbang Rencana|
Jalan Kunci Air 2, Hujung Permatang di Kuala Selangor, ditutup selama sembilan bulan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (WCE).


Jabatan Komunikasi Strategik dan Libat Urus West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) dalam satu kenyataan memaklumkan, ia melibatkan pelaksanaan pembinaan Road Over Bridge (ROB) bermula Khamis ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, penutupan sementara itu dijangka sehingga 14 Mac tahun depan.

"Laluan yang terlibat dalam kerja pembinaan tersebut akan ditutup sementara kepada semua kenderaan," kata kenyataan itu di Facebook pada Isnin.

Sehubungan itu, kenyataan itu menjelaskan, pengguna jalan raya disaran menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Bukit Belimbing dan Jalan Raja Musa.

Pengguna turut dinasihatkan memandu dengan berhati-hati serta mematuhi arahan papan tanda dan petugas trafik di lokasi tersebut sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja berkenaan.

"Sebarang aduan dan keterangan lanjut, sila hubungi Jabatan Komunikasi Strategik dan Libat Urus WCE di talian 03-3082 1999 atau I1700-81-6600 e-mel [email protected].

 

WCE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penutupan sementara itu akan bermula pada 6 hingga 8 September 2023 dari jam 9.30 malam hingga 5.30…
Berita Domestik
Pengarah Urusan West Coast Expressway Sdn Bhd, Datuk Neoh Soon Hiong berkata jika dibuka pada Jun…