Susur keluar WCE ke jalan Meru/Klang ditutup sementara bagi kerja-kerja penyelenggaraan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Susur keluar Lebuhraya West Coast Expressway (WCE) ke jalan Meru/Klang (EXIT 3207B) ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penutupan sementara itu akan bermula pada 6 hingga 8 September 2023 dari jam 9.30 malam hingga 5.30 pagi.

Pengguna disarankan untuk menggunakan laluan alternatif iaitu susur keluar arah Setia Alam (EXIT 3207A) atau (EXIT 3207C) melalui Lebuhraya Grand Sepadu.

Orang ramai dinasihatkan untuk memandu dengan berhati-hati serta mematuhi semua arahan papan tanda dan petugas trafik di lokasi tersebut sepanjang tempoh kerja-kerja penyelenggaraan.

Berita Berkenaan

Informasi
  Menurutnya, penutupan sementara itu dijangka sehingga 14 Mac tahun depan. "Laluan yang terlibat…
Berita Domestik
Pengarah Urusan West Coast Expressway Sdn Bhd, Datuk Neoh Soon Hiong berkata jika dibuka pada Jun…