Pembukaan MRT laluan Putrajaya perkukuh sistem pengangkutan awam negara

oleh Penyumbang Rencana|
Gambar dari Rapid KL
Sistem pengangkutan awam negara terus diperkukuh apabila perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya beroperasi sepenuhnya pada 16 Mac ini.


MRT Laluan Putrajaya Fasa Dua melibatkan laluan dari Kampung Batu ke Putrajaya akan dibuka kepada pengguna bermula 3 petang selepas ia dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Sebelum ini, MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu melibatkan perjalanan dari Kwasa Damansara hingga Kampung Batu telah dibuka untuk pengguna pada 16 Jun tahun lepas.

 

MRT Laluan Putrajaya sepanjang 57.7 kilometer mempunyai 36 stesen terdiri daripada 27 stesen bertingkat dan sembilan stesen bawah tanah dengan keseluruhan kos pembinaan sebanyak RM30.53 bilion.

 

Tinjauan Bernama ketika sesi pengenalan MRT Laluan Putrajaya Fasa Dua kepada pengamal media hari ini mendapati persiapan giat dijalankan oleh pegawai MRT Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) bagi memastikan pengoperasian berjalan lancar.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau mengakui tiada siapa mahu isu teknikal dan gangguan berlaku secara berterusan, justeru…
Berita Domestik
“Dalam pertemuan Disember lalu, kami telah mencadangkan kepada pihak KDN untuk meminda undang-…
Berita Domestik
Tangkapkan tersebut merupakan hasil maklumat risikan serta intipan yang dijalankan secara bersama…